Tecmo Koei
Tecmo Koei

Tecmo Koei

Tecmo Koei Holdings Co., Ltd. (コーエーテクモホールディングス, Kōē Tekumo Horudingusu),[1][2] merupakan sebuah syarikat induk Jepun yang ditubuhkan pada tahun 2009 apabila Koei bergabung dengan Tecmo. Koei Europe berubah menjadi Tecmo Koei Europe, Ltd[3] dan kini mengeluarkan permainan video di bawah nama tersebut. Pada bulan Januari 2010, Tecmo, Inc. dan Koei Corporation bergabung menjadi Tecmo Koei America Corporation. Tecmo telah diisytiharkan berbubar di Jepun, berkesan sejak 1 April, 2010.[4][5] Koei Canada, Inc. pula berubah nama menjadi Tecmo Koei Canada, Inc.Tecmo Koei mencipta sebuah divisi di Vietnam bergelar Koei Tecmo Vietnam, termasuklah mencipta beberapa bahagian lain di Singapura, Korea, dan Taiwan.